Kenapa Atlet Kulit Hitam Menguasai Acara Larian?
Bagaimana kehadiran gen khas, ACTN3 memberi atlet berkulit hitam kelebihan dalam acara larian pecut dan larian jarak jauh.
The Patriots merupakan surat berita geo-politik mingguan dari The Patriots Asia. Jika anda suka dan mendapat manfaat daripada kandungan ini, sokong kami dengan menekan butang ‘Subscribe now’ di bawah.
Dalam acara pecut 100 meter akhir lelaki Sukan Olimpik Paris baru-baru ini, kelapan-lapan pelari merupakan pelari berkulit hitam.
Begitu juga dengan kesemua finalis acara pecut 100 meter wanita.
Kali terakhir pelari pecut bukan berkulit hitam berdiri di podium acara pecut 100 meter di Sukan Olimpik adalah pada tahun 1980. Alan Wells (Great Britain) merupakan pelari pecut berkulit putih terakhir memenangi emas acara ini.
Masa yang dicatatkan oleh Wells di Sukan Olimpik Moscow 1980? 10.25 saat.
Kelebihan atlet berkulit hitam
Sekali jadi, ia kebetulan. Tetapi berkali-kali jadi sejak Sukan Olimpik Los Angeles 1984? Ia bukan lagi satu kebetulan.
Dominasi atlet berkulit hitam dalam acara pecut di Sukan Olimpik merupakan satu fenomena.
Pada tahun 2003, sekumpulan saintis Australia menemui rahsia di sebalik fenomena ini. Rahsianya adalah sejenis gen bernama Alpha-actinin-3 (ACTN3). Dalam kajian mereka, saintis Australia itu menyimpulkan semakin banyak salinan varian R anda ada dalam ACTN3, semakin cemerlang anda dalam disiplin pecut dan kuasa.
ACTN3 mempunyai dua varian: R dan X. Anda boleh dapat varian RR, RX atau XX.
Analisis kajian tahun 2003 itu mendapati 53% pelari acara pecut yang pernah mewakili Australia mempunyai bilangan varian RR — dua kali lebih banyak berbanding orang biasa.
Menurut data Human Molecular Genetics, frekuensi relatif untuk mendapat varian XX adalah:
0.25 untuk orang Asia.
0.20 untuk orang putih.
0.13 untuk orang kulit hitam Amerika Syarikat.
0.01 untuk orang kulit hitam Afrika.
Manakala frekuensi relatif untuk mendapat varian RR (jenis gen untuk kelajuan dan kuasa) adalah:
0.25 untuk orang Asia.
0.36 untuk orang putih.
0.60 untuk orang kulit hitam Amerika Syarikat.
0.81 untuk orang kulit hitam Afrika.
Nisbah orang Asia yang mempunyai varian RR: varian XX adalah 1:1. Dalam kalangan orang putih, nisbahnya 2:1. Dalam kalangan orang kulit hitam Amerika Syarikat, nisbahnya 4:1.
Di sebalik kelebihan genetik ini, anda melakukan satu kesilapan besar jika menyimpulkan orang kulit hitam hebat memecut kerana genetik mereka sahaja.
Kenapa?
Majoriti pelari pecut dari benua Afrika datang dari negara-negara Afrika Barat (atlet Afrika Timur banyak menguasai acara lairan jarak jauh).
Berdasarkan kelebihan genetik sahaja, jumlah pelari pecut berkulit hitam sepatutnya tidak melebihi 2x berbanding pelari berkulit putih (nisbah varian RR: varian XX orang kulit hitam 4:1, orang kulit putih 2:1). Realitinya, jumlah pelari pecut elit 5x melebihi pelari kulit putih.
Dalam erti kata lain, menang loteri genetik bukan satu-satunya penyebab atlet kulit hitam hebat memecut. Ada faktor-faktor lain yang memainkan peranan. Peranan yang jauh lebih besar daripada genetik: budaya, ekonomi, kualiti latihan, persekitaran … banyak lagi.
Faktor lain?
Orang Afrika Timur seperti Kenya dan Ethiopia lahir di kawasan dataran tinggi. Tekanan udara di dataran tinggi begitu rendah dan biasanya manusia akan tercungap-cungap untuk berlari. Tapi, tidak bagi orang Afrika Timur sebab mereka sejak kecil telah biasa berada di dataran tinggi.
Tambahan lagi, mereka biasa berlari dan berjalan kaki berbanding menaiki kereta. Yelah, negara-negara di Afrika pun bukanlah maju, jadi ramai penduduk telah biasa berjalan jauh.
Dari kebiasaan berlari di dataran tinggi inilah lahirnya ciri fizikal yang ketara iaitu mempunyai kaki lebih panjang, otot betis lebih ringan, penggunaan tenaga yang cekap, dan mempunyai sistem metabolisme yang tinggi. Orang Kenya biasanya mempunyai ciri-ciri fizikal macam ni.
Orang Afrika Barat juga biasa berlari seumur hidup mereka, jadi mereka juga mampunyai kaki yang panjang berbanding badannya. Dari segi nisbah serat otot cepat mengecut (Fast-Twitch Muscle Fibers), nisbah otot orang Afrika Barat lebih tinggi berbanding bangsa lain.
Ini bermaksud serat otot Afrika Barat mampu hasilkan kekuatan dan kelajuan yang tinggi dalam masa yang singkat, mereka ada kelebihan dalam larian pecut.
Manakala orang Afrika Timur pula mempunyai nisbah serat otot lambat mengecut (Slow-Twitch Muscle Fibres) yang lebih tinggi. Ini juga bermaksud serat otot mereka sesuai dalam aktiviti berdaya tahan dan stamina tinggi, seperti larian jauh.
Tetapi kelebihan iklim dan genetik ini masih tidak mampu menafikan faktor budaya, ekonomi dan kualiti latihan yang diterima oleh pemenang pingat emas Noah Lyles (Amerika Syarikat) dan Kishane Thompson (Jamaica).
Lyles sendiri berasal dari keluarga atlet. Ibunya merupakan pelari pecut semasa belajar di universiti. Sejak kecil Lyles sudah didedahkan dengan latihan berkualiti — yang hanya boleh didapati daripada keluarga kelas pertengahan dan berlatarbelakangkan sukan pecut.
Manakala Thompson berlatih di MVP Track Club, di bawah tunjuk ajar jurulatih legenda Stephen Francis — yang bertanggungjawab melahirkan 15 pemenang pingat emas Sukan Olimpik sejak 1999.
Semua manusia tidak sama
Sejak saintis berjaya mengaitkan gen ACTN3 terhadap kelebihan memecut, ia menyangkal dakwaan egalitarian sesetengah pihak bahawa — semua manusia adalah sama. Allah SWT jelas telah memberitahu kita, manusia dicipta-Nya dengan kepelbagaian supaya kita saling kenal-mengenali.
Pada masa yang sama, kita juga mesti faham — genetik bukan satu-satunya penentu kejayaan seseorang. Pelari berkulit hitam hebat dalam larian pecut kerana faktor genetik, budaya, persekitaran, ekonomi, kualiti latihan dan banyak lagi. Sebab itulah bahaya apabila kita menyimpulkan genetik semata-mata sebagai faktor kecemerlangan sukan — seperti ciapan ini:
Bangsa Korea pandai memanah kerana budaya memanah, kualiti latihan dan pelaburan besar kerajaannya dalam pembangunan akar umbi sukan memanah.
Bangsa Cina (tak kira di negara mana pun) pandai bermain ping pong kerana pendedahan awal kepada sukan tersebut sejak umur seawal 2-tahun.
JUALAN MERDEKA: Diskaun 15% & Percuma Magnetik Bookmark!
Kami di The Patriots dengan bangganya mempersembahkan JUALAN MERDEKA sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67!
Dapatkan buku-buku hebat dengan diskaun 15% untuk semua buku dari 6 hingga 31 Ogos 2024. Tidak hanya itu, setiap pembelian akan menerima percuma magnetik bookmark eksklusif bertemakan kemerdekaan!
Anda boleh dapatkan semua buku-buku kami pada diskaun 15 Peratus di Shopee Patriots:
Magnetic bookmark percuma hanya untuk para pencinta buku Patriots sahaja!
Artikel minggu ini yang anda mungkin terlepas 🆙
1. China ini telah menyertai Sukan Olimpik sejak tahun 1932 lagi. Tetapi emas Sukan Olimpik pertama mereka hanya tiba pada tahun 1984. Sejak emas pertama ini, China tidak menoleh belakang lagi. Apa rahsia kejayaan China di Sukan Olimpik?
2. Atlet sukan lawan pedang Mesir, Nada Hafez masih mampu bertanding walaupun sedang sarat mengandung 7-bulan! Baca ceritanya dan atlet-atlet lain yang bertanding dalam keadaan ‘berbadan dua’ — termasuk seorang atlet Malaysia!
3. Nama Imane Khelif tular minggu ini selepas menang dalam masa hanya 46 saat ke atas lawannya dari Itali. Petinju Algeria berusia 25 tahun ini tiba-tiba tular setelah didakwa sebagai transgender. Apa kisah penuhnya?
4. Pada usia muda, dia pernah memasang impian untuk menjadi atlet di Olimpik. Namun, peraturan di negara asalnya telah menghancurkan impiannya. Selama lebih 30 tahun dia berpegang kepada impiannya dan akhirnya dia berjaya pada usia 58 tahun!
Jika anda suka dengan kandungan kami pada minggu ini, sila share dengan kawan-kawan dan keluarga.