Wayang Kulit Malaysia: Betulkah Dari Indonesia?
Menjawab tuduhan netizen seberang di sebalik fakta sejarah yang membuktikan wayang kulit kita sebenarnya dipengaruhi seni wayang kulit....Thailand?
The Patriots merupakan surat berita rakuman kandungan mingguan dari The Patriots Asia. Jika anda suka dan mendapat manfaat daripada kandungan ini, sokong kami dengan menekan butang ‘Subscribe now’ di bawah.
Baru-baru ini Sony Pictures mempromosi filem Venom mereka dengan poster batik dan juga video wayang kulit versi Venom. Ramai orang kita suka dengan pendekatan ini tapi ada segelintir rakyat dari negara jiran menghina kita, katanya kita curi budaya mereka. Sedangkan kalau kita meneliti sejarah, kalau bercakap tentang wayang kulit lah, wayang kulit kita sebenarnya lagi dekat dengan wayang kulit Thailand berbanding Indonesia. Kenapa?
Sebelum masuk kepada itu, saya nak kena cerita jenis-jenis wayang kulit yang wujud di Malaysia. Kita ada sekurang-kurangnya 4 jenis wayang kulit yang dimainkan di negara kita yakni wayang kulit Melayu, wayang kulit Kelantan, wayang kulit Gedek dan wayang kulit Purwa. Wayang kulit Melayu, Kelantan dan Gedek semuanya banyak dimainkan di negeri utara dan pantai timur semenanjung. Wayang kulit Purwa pula dimainkan di kawasan selatan semenanjung melalui budaya yang dibawa oleh orang Jawa.
Walau bagaimanapun, wayang kulit yang terkenal di Malaysia bukanlah wayang kulit Purwa, tapi wayang kulit Kelantan. Wayang kulit ni kalau ikut sejarah, dicipta di India sekitar tahun 200 Sebelum Masihi. Selepas-selepas itu, kita boleh jumpa pelbagai lagi jenis wayang kulit purba di China, Asia Tengah dan juga wayang kulit lama di Turki dan Eropah. Kiranya budaya wayang kulit ni memang dah ada dalam pelbagai jenis negara dan budaya.
Wayang kulit Kelantan dikatakan bermula akibat pengaruh dari Pattani pada abad ke 15 yang pada waktu itu tengah melalui zaman kegemilangan. Dalam satu penulisan lain, dipercayai wayang kulit Kelantan ni wujud pada tahun 1837 apabila orang-orang Siam mula berpindah ke Kelantan dek perhubungan erat di atas Sultan Muhammad II dan raja Siam pada waktu itu. Walaupun ada teori yang berbeza, kedua-duanya meletakkan selatan Thailand sebagai sumber awal kemasukan budaya wayang kulit Kelantan di Kelantan.
Namun, disebabkan proses asimilasi budaya Melayu dan Siam yang sangat lama di bumi Kelantan, maka wayang kulit Kelantan tu dah berubah rupanya berbanding wayang kulit dari Thailand seperti ‘nang talung’. Sebagai perbandingan, wayang kulit Gedek di Kedah yang juga dibawa oleh orang Siam masih hampir mirip dengan wayang kulit dari Thailand berbanding wayang kulit Kelantan.
Walau bagaimanapun, wayang kulit Kelantan ni kita masih boleh nampak lagi pengaruh Thailand tu. Contohnya ialah pakaian pada wayang kulit Kelantan tu masih jelas seperti pakaian orang Siam dan juga pakaian orang Melayu Kelantan pada era Hindu-Buddha. Langsung tak sama macam wayang kulit Jawa yang pakai pakaian seperti orang Jawa. Lihat sahaja mahkota kecil yang dipakai pada wayang kulit Kelantan dan Jawa. Kan jauh beza tu. Juga, wayang kulit Kelantan ni lebih berwarna-warni berbanding wayang kulit Jawa. Yang mirip dengan kita ni cuma wayang kulit Thailand sahaja.
Jadi, berbalik pada soalan di atas, tak. Wayang kulit kita tak berasal daripada Indonesia kecuali wayang kulit Purwa. Wayang kulit yang terkenal di Malaysia, yakni wayang kulit Kelantan lagi dekat dengan Thailand berbanding Indonesia kalau kita tengok rupa, budaya, dan juga sejarah di Kelantan tu sendiri.
Orang Melayu kita ni sebenarnya kaya dengan sejarah purba dan klasik terutamanya di Kelantan dan Kedah. Jadi, kami sediakan pada anda ILMU ALAM MELAYU: MISTIK, MANUSKRIP DAN MITOLOGI untuk korang hidupkan kembali penghargaan terhadap sejarah, lagenda dan ilmu tradisional kita.
Diskaun RM10 sehingga 31 Oktober!
Sempena ulang tahun ke-12 The Patriots, kami ingin berikan DISKAUN RM10 untuk semua buku-buku—khas untuk anda.
Peluang sekali dalam sebulan. Peluang sekali dalam setahun. PELUANG SEKALI DALAM ULANGTAHUN, semuanya untuk anda. Apa yang anda perlu buat ialah klik link ke Shopee kami, dan borong sepuas-puasnya!
Dapatkan segera, sebelum licin habis stok kami!
Artikel minggu ini yang anda mungkin terlepas 🆙
(KLIK) Perang Tensho Iga: Satu-satunya Perang Antara Samurai Dan Ninja!
(KLIK) Legenda Cucuk Sanggul Puteri Saadong: Pengorbanan Dibalas Pengkhianatan
(KLIK) Kes Rompakan 300 Juta Yen Yang Kekal Misteri Selama 56 Tahun!
Jika anda suka dengan kandungan kami pada minggu ini, sila share dengan kawan-kawan dan keluarga.
Wayang itu bahasa Jawa artinya bayangan
Bukan dari bahasa Melayu, udah jelas