Tessen: Senjata Unik Samurai Berupa Kipas Lipat
Asal-usul senjata unik, yang asalnya digunakan sebagai aksesori fesyen bangsawan Jepun, yang berevolusi menjadi senjata Samurai.
Dapatkan rangkuman surat berita ekonomi, pelaburan, kewangan dan geo-politik dari penulis The Patriot pada setiap pagi Jumaat dengan menekan pautan di bawah:
Nak tengok apa kandungan yang anda dapat di The Outlook? Baca edisi minggu ini:
Selain katana, ada lagi senjata yang juga sangat berguna bagi samurai, walaupun fungsinya ialah mengipas! Senjata unik ini ialah kipas lipat bernama Sensu!
Pada asalnya, Sensu digunakan sebagai aksesori fesyen dan sebahagian barangan mewah bagi golongan bangsawan, pedagang dan samurai. Sejak abad keenam Masihi, bangsawan Jepun memakai Sensu untuk mengipas bagi hilangkan kepanasan badan apabila masuk musim panas.
Kipas Hinoki ialah jenis Sensu terawal yang dicipta. Kipas ini diperbuat daripada kayu spesis pokok sipralis Hinoki yang nipis. Kemudian, para pereka menghiasi kipas ini dengan lukisan bersama serbuk emas dan perak.
Sensu juga dijadikan sebagai hadiah dengan letakkan lukisan, sajak, atau pesanan keagamaan ke atas kipas tersebut. Masuk ke abad ketujuh Masihi, Sensu menjadi sebahagian dari alat protokol istana.
Samurai yang berstatus tinggi diwajibkan untuk mengetahui cara memegang dan menggunakan kipas lipat semasa berada di dalam istana, bagi membezakan statusnya dengan para pegawai kerajaan.
Kewujudan Sensu mengubah budaya orang Jepun menjelang abad ke-14 Masihi. Kegunaan Sensu biasanya berbeza mengikut lelaki dan wanita. Bagi wanita, Sensu mampu menutup mulutnya apabila ketawa atau mengunyah untuk sembunyikan kelakuan tidak senonoh.
Sensu juga digunakan sebagai cara para wanita memikat para lelaki. Manakala bagi lelaki pula, Sensu dianggap sebagai alat yang wajib dibawa apabila keluar rumah dan tersimpan kemas dalam obi, iaitu sejenis tali pinggang mengikut kimono.
Bagi samurai, samurai yang tidak membawa Sensu dianggap sebagai samurai tanpa senjata seperti katana. Kiranya kipas lipat dianggap sebagai 'kad pengenalan' dalam kalangan warga samurai.
Sensu boleh dijadikan sebagai senjata yang ampuh bagi samurai, bermula dari ciptaan bernama Tessen, iaitu kipas lipat besi. Saiz Tessen pula berbeza mengikut fungsi. Tessen bersaiz kecil sesuai digunakan sebagai senjata. Manakala Tessen bersaiz besar lebih kepada 'lesen' tunjukkan kuasa samurai atau daimyo.
Tessen biasanya dijadikan sebagai senjata kecemasan jika samurai tidak membawa katananya. Kalau ada majlis yang mengharamkan seseorang membawa senjata tajam, Tessen saja yang dibenarkan bawa walaupun sejenis senjata.
Jadi, bagaimana samurai nak melawan dengan Tessen kalau tak bawa katana? Di sinilah tercetusnya teknik khas menggunakan Tessen, iaitu Tessenjutsu. Dengan adanya ilmu ini, samurai berupaya meredakan sebarang pergaduhan tanpa sebarang kecederaana dengan menggunakan Tessen.
Daimyo juga biasa gunakan Tessen dan amalkan Tessenjutsu, sebagai cara mempertahankan diri jika katana tidak bersamanya. Daimyo yang biasa gunakan Tessen ialah Tokugawa Ieyasu.
Maka, Tessen hanya digunakan sebagai senjata pertahanan diri dan alat untuk meredakan pergaduhan. Banyak anime yang menerapkan ilmu Tessenjutsu ini, seperti Temari dari anime Naruto, menggunakan kipas lipat gergasi sebagai senjatanya.
Sekarang, ada dua sekolah saja yang mengajarkan ilmu Tessenjutsu, iaitu sekolah Miyake-Shingan-ryu dan Yagyu-ryu. Jadi, nak tak belajar ilmu kipas lipat ni?
Banyak lagi pasal samurai-samurai yang unik, menarik dan ada sejarahnya sendiri dalam era Sengoku!
Kalau berminat, boleh dapatkan buku SENGOKU: DINASTI PARA SAMURAI sudah boleh dibeli pada hari ini, dengan harga promosi RM23!
Dapatkan dengan menekan pautan di bawah:
Jika anda suka dengan kandungan kami pada minggu ini, sila share dengan kawan-kawan dan keluarga.