Siapa Moyang Que Haidar dalam Sejarah Selangor?
Korang pernah dengar nama Tengku Kudin? Tapi yang lebih menarik, baginda ni sebenarnya moyang kepada pelakon terkenal, Que Haidar!
Ya, Que Haidar yang korang selalu tengok dalam filem macam Lagenda Budak Setan dan Amy Mat Piah dalam Rock Oo! tu.
Tengku Kudin ni seorang putera Kedah yang akhirnya jadi menantu Sultan Selangor dan memainkan peranan besar dalam sejarah negeri tu.
Macam mana seorang putera Kedah boleh masuk campur dalam hal politik Selangor, sampai terlibat dalam perang dan akhirnya dihalau dari Kedah sendiri?
Tengku Kudin: Dari Anak Raja Kedah Jadi Menantu Sultan Selangor
Nama sebenar baginda ialah Tunku Dhiauddin ibni al-Marhum Sultan Zainul Rashid, lahir tahun 1821. Sejak muda lagi, dia dah dihantar ke Eropah untuk belajar.
Boleh bayangkan tak, zaman tu tak ramai anak raja yang dapat peluang macam ni. Tapi itulah kelebihan Tengku Kudin, bijak dan berwawasan.
Pada tahun 1867, hidup baginda berubah bila kahwin dengan Tengku Arfah, anak Sultan Abdul Samad, Sultan Selangor.
Perkahwinan ni bukan sekadar penyatuan cinta, tapi lebih kepada hubungan diplomatik antara Kedah dan Selangor.
Sultan Abdul Samad masa tu baru je naik takhta, jadi baginda perlukan sokongan untuk stabilkan negeri.
Lepas kahwin, Tengku Kudin diberi jawatan Wakil Yamtuan yang bermaksud dia jadi wakil Sultan untuk uruskan pentadbiran negeri Selangor.
Tapi, tugas baginda bukan sekadar mentadbir. Baginda kena selesaikan satu konflik besar yang dah lama menghantui Selangor: Perang Klang.
Perang Klang: Pertempuran Saudara yang Berdarah
Raja Mahadi menyerang Klang dan akhirnya memaksa pentadbir Klang, Raja Abdullah untuk berundur.
Sultan Abdul Samad tak boleh biarkan perkara ni. Tapi nak lawan Raja Mahadi, baginda perlukan bantuan.
Jadi, baginda panggil Tengku Kudin untuk ambil alih. Tengku Kudin terima cabaran tu, tapi baginda tahu dia tak boleh buat sorang-sorang.
Baginda balik Kedah, kumpulkan 500 tentera dan kembali ke Selangor untuk tewaskan Raja Mahadi.
Dengan strategi yang bijak, Tengku Kudin akhirnya berjaya kuasai Klang pada tahun 1870.
Kejayaan ni membuktikan kebolehan Tengku Kudin sebagai pemimpin yang tegas dan berwibawa.
Cabaran Sebagai Orang Luar
Walaupun Tengku Kudin berjaya dalam misinya, bukan semua orang suka kehadiran dia.
Putera-putera Sultan Abdul Samad macam Raja Musa dan Raja Kahar rasa terancam dengan pengaruh Tengku Kudin.
Mereka anggap baginda orang luar yang tak layak campur tangan dalam hal Selangor.
Bukan setakat keluarga diraja, para pembesar pun tak suka. Lagi panas bila Sultan Abdul Samad bagi kawasan Langat kepada Tengku Kudin sebagai ganjaran.
Langat ni kawasan strategik, jadi ramai yang tak puas hati, terutama Raja Mahadi yang masih dendam.
Pengorbanan Besar Tengku Kudin
Kejayaan Tengku Kudin dalam Perang Klang datang dengan harga yang tinggi. Lepas perang tu, British mula campur tangan dalam politik Selangor.
Tengku Kudin pun perlahan-lahan kehilangan pengaruh. Pada tahun 1878, baginda akhirnya letak jawatan sebagai Wakil Yamtuan.
Tapi, yang paling menyedihkan, tindakan baginda dalam Perang Klang menyebabkan abangnya, Sultan Ahmad Tajuddin III di Kedah sangat murka.
Sultan Kedah anggap Tengku Kudin dah melibatkan negeri Kedah dalam konflik luar yang tak ada kena-mengena dengan mereka.
Akibatnya, Tengku Kudin dibuang gelaran diraja dan dilarang pulang ke Kedah.
Tengku Kudin akhirnya menetap di Pulau Pinang. Baginda habiskan sisa hidupnya dalam keadaan yang sederhana dan jauh dari politik.
Baginda meninggal dunia pada 25 Mei 1909, tapi legasi dia dalam sejarah Selangor tetap kekal.
Moyang kepada Que Haidar: Darah Bangsawan yang Mengalir
Kisah Tengku Kudin ni bukan sekadar sejarah negeri Selangor, tapi juga sebahagian daripada salasilah keluarga Que Haidar.
Nama penuh Que Haidar ialah Tengku Iskhan Shah bin Tengku Haidar dan beliau merupakan keturunan langsung Tengku Kudin.
Que Haidar pernah menyatakan hasratnya untuk membawa watak moyangnya dalam sebuah filem atau drama.
Menurut beliau, kisah Tengku Kudin penuh dengan elemen yang menarik seperti konflik, pengorbanan dan perjuangan.
Sebagai seorang pelakon yang terkenal dengan lakonan yang berjiwa, tak mustahil Que boleh menghidupkan semula watak moyangnya yang heroik.
Jangan lepaskan peluang bertemu dengan penulis-penulis The Patriots di Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF)!
Sertai kami di reruai N28 & P37 untuk bertemu dengan barisan penulis hebat kami dan dapatkan tandatangan eksklusif serta menikmati diskaun sebanyak 20% untuk setiap pembelian buku buku kami!
SIBF 2024 berlangsung dari 27 Nov hingga 3 Dis, dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam.
Lokasi: Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam